hello


Thursday 15 December 2011

sejuk giler

Haha. another post about makan-makan.  Haha I loike Malaysia, why? because of their food. macam-macam ada kut. Ni kisah makanan yang sejuk sehingga buat kepala jadi pening-pening lalat. Moral of the story, kalu perut melayu jangan nak buat-buat mat saleh yer Azlin. Dengan keadaan perut kosong dan perjalanan yang agek jauh dari Rawang ke Nilai, Ternampak la  Ice Room di tepi jalan dekat-dekat kedai kain yang berderet2 tu ala kedai yang konsep hijau-hijau tuh. Disebabkan punyalah teruja tengok Majalah 3 cerita tentang Ice Room ni dan nak check in hotel pun lambat lagi, jom kita pekena dulu .Bajert perut minah salleh la ni . Sekali pening kepala sampai malam. Sila salahkan Majalah 3 yer. hihi.  kalau korang pun pasti rasa gitu jugakan?.penah rasa tak? apa tak caya?  meh nak belanja. dan rasakan sendiri. =)...


sekadar hiasan se mata


hiasan lagi.. huh 

Rasanya sebenarnya biasa-biasa saja so tak jadi la nak belanja. hihihi
baik makan ice cream malaysia  buatan sendiri perisa kacang merah. lagi sedap kut.


huh tetiba teringatkan zaman muda-muda...

rindu nak makan lagi...


Sila berikan nama makanan di atas dan di bawah..


Tolong janag ketawa.. Aku tau la semua orang tau. Eleh makanan gini pun nak kecah-kecah. Aduhai tweras diri ini sangat la ketinggalan a.k.a perak. hehe.. Berusia 25 tahun baru aku tau kot makanan ni. Sebelum ni dengar ja. Tak de plak ras nak cuba ni semua gara-gara balik dari kursus dan adik aku dua orang tu tumpang sama nak bali kampung. mereka menumpang sama dan adik aku merengek2 ingin makan pecel ni. So Si Azah pun mendrivekan kete ke sini di bantu oleh copilot yang pening lalat. aslah hehe paham-paham la yer.


Sedap kut sambal dia. so apakah motif aku tulis entry ini? Sesiapa yang tau resepi sambal pecel ini sila bgtau saya yer. sekian .
Kalu bab makan memang tak kalah aku nikan. bila mau kurus Azlin oi....


Motif seterusnya promote sikit kedai ni. Kalu la Wong Jowo ni baca blog aku, boleh ke dapat diskaun ek? huhu

Friday 2 December 2011

Ya ALLAH please guide me!



Ya Allah ...
Aku insan lemah sering  lupa dan alpa,
Rakus aku hirup kurnia Mu,
Malu sangat malu..


 aku insan lemah yang sering lupa.


Ya Allah please, please guide me..
Supaya aku tau erti syukur,
supaya aku teguh mengikuti perintahMu,
menurut sunnah RasulMu,
Supaya aku sentiasa hidup dalam keimana dan keredhoanMu...

I really need You in my life... 

Friday 25 November 2011

Hasad dengki & Iri hati


                        Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanatsebagai mana api makan kayu."
                        Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu:
  • Buruk sangka
  • Hasad dengki
  • Takut sial kerana sesuatu
    Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."
                            Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.
                            Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.
                            Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."
                            Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."
                            Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu: 
    • Risau hati yang tak putus-putus
    • Bala yang tidak berpahala
    • Tercela yang tidak baik
    • Dimurka Allah s.w.t.
    • Tertutup padanya pintu taufiq
                            Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" JawabRasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."
                            Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapa pun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:
    • Pemerintah kerana zalim
    • Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)
    • Kepala desa kerana sombong
    • Pedagang kerana kianat
    • Orang dusun kerana kebodohan
    • Ahli ilmu kerana hasud
                            Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."
                            Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."
                            Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).
                            Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."
                            Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"
                            Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk keneraka?"
                            Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
    • Orang yang makan haram
    • Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)
    • Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin
                           Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu:
    • Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan)
    • Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam.                                                
      Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini
                            Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allahsebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."
                            Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba yangdiridhoNya.
                            Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" JawabNabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:
    • Jika bertemu harus diberi salam
    • Jika mengundang harus didatangi
    • Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)
    • Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah
    • Jika sakit harus diziarah
    • Jika mati harus dihantar jenazahnya
                            Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkanNabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t. dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."
                            Didalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang utama.
                            Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."
                            Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:
    • Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
    • Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
    • Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
    • Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya
    • Dia membantu kepada iblis laknatullah
    Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."

    sumber : tanbihul_ghafilin
    Jangan selalu ada hasad dengki tau, tak baik.
    Allah marah, kawan lari, dibenci lagi
    Selamat beramal...

Tuesday 22 November 2011

Bersediakah?

B.E.R.S.E.D.I.A.K.A.H ??

apa yang da bersedia ? apa yang belum? 
Alahai susah juga nak jawab ni. 

Tak berapa nak ingat bila aku terbaca 2 ststus rakan FB yang mengatakan tentang jodoh. Ayat dia aku tak ingat sangat la tapi antara isinya beginilah. Kalau jodoh kita tak sampai lagi, jangan mengeluh, jangan takut, tapi Allah maha mengetahui sama ada seseorang itu bersedia atau tidak.MasyaAlah, betapa sayangnya Dia pada kita. Saat kita masih belum bersedia, Dia biarkan kita prepare dulu. Agar ikatan yang lahir nanti betul-betul utuh dan kuat.Agar kita tidak cepat mengelabah memikul beban yang tetiba jek jadi lain. Bayangkan waktu solo,
masak makan sendiri,
 baju basuh seminggu sekali,
nak tido bangun kul berapa pun tak dak yang peduli,
tu belum masuk nak jaga hati mak ayah mertua lagi,
 kena ipar duai Ok, tak pelah,
kena plak jenis tak memahami..
sila jawab sendiri.

Waduh-waduh gamat kalu begini. Bayangkan plak kalu  ada baby. Lagi la kehidupan bertukar 360 degree, huh bayangkan la. nak tukar lampin, nak bagi makan lagi. Kena berjaga malam plak. Bersediakah kita? Kadang-kadang kita mengeluh tentang sesuatu, padahal ada yang maha mengetahui. Indahnya Allah, sayangnya  Dia pada kita. Muhasabah diri masing-masing (ingatan buat diri juga) mari kita berfikir bersediakan kita memikiul tanggungjawab itu? Kalu kita dah bersedia jangan  risau, jodoh itu da makin hampir. Cuma kita je tak tau bila. Teruskan berdoa. berdoa. 
"JANGAN BERHENTI BERHARAP"

alo2 swetnye...


ada kaitan ker gambar ni? ikut aku la blog aku .hahaha

ok jom berfikir dulu. .........

Friday 18 November 2011

Suke lagu ni..


Suke la lagu ni. Tapi tolong jangan  fokus sangat pada video klip dia yer. Just teliti senikata dia...amacam?...Kan dah kata sweetkan?

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu


Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
 



kalu rasa time dengar tu susah nak fokus. sila baca lirik dia. best tak? sila kata best kalu tak.. kena nanti. hihi
seumur hidupmu.............sila fokus di sini

harap2 encik tunang saya amik perhatian. ahaks. 

Kenangan yang tak mungkin di lupa part II

Sumpah rindu giler kawan-kawan BCT. Semua senyap sunyi dah. Group? huh tak yah cakap la.. Semua diam seribu bahasa.Biasalakan lumrah, bila sibuk masing-masing da tak sempat nak bersosial. Masa itu emas. Masing-masing dah bizi dengan kehidupan sendiri. Cari duit bagi meneruskan kehidupan. Usia pun dah makan menigkat, mesti pikir nak berkeluarga plak kan? huhu. Itulah lumrah. Siapa dapat lawan takdir tuhan. Kita merancang memikirkan pertemuan demi pertemuan .Namun ironinya DIA yang maha mengetahui. pertemuan dan perpisahan semua milik DIA. 

 malam pra graduan

 Lawatan ke FRIM

 Lawatan industri  di Penag

 Sumpah rindu korang.huhu.

 dara-dara pingitan. bila mau jadi mak orang? hehe

 Untuk paper pa ni ej? tak berapa ingat. Tapi dekat Jengka Pahang bersama junior

 Kak Niza cakap macam bunga kantan. hehe. sweetkan?

time sukan Biokomposit part 2

 Yeah berumur sudah orang dalam gambar ini 2010. kami nak konvo........ KFC seksyen 2

 aduh terupload 2 kali. tanda terlampau rindu

ni kengan yang tak mungkin aku lupa. Su, JIah miss, love u. huhu

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di hati tapi di hati tak kan lupa. huhu


..........kemenangan ini............

Dengar tajuk macam best je. kemengankan? da menag mesti la dapat hadiah. btul tak? hehe. Yeah aku dapat hadiah. Manis kut, bukan senag nak jadi juara Wilayah utara. Syukur sangat-sangat. Berkat kerjasama aku dan Kak Tie  kejayaan ini milk kami. 

Kami tak menag tanpa sokongan komuniti yang sangat best. Alhamdullillah komuniti mukim Siong terbaek. kerjasama yang diberikan kepada PJK sanga-sangat memberangsangkan. Setiap aktiviti yang kami jalankan tak penah surut dari mendapat sokongan. Terima kasih semua.......


A lot of thanks..

piala kemenangan 


lagi gambar piala. hehehe

bukan nak riak tapi just nak kongsi. mana tau jodoh aku ngan PJK tak panjang da. huhu(sedih la plak.)

"APA YANG KITA SEMAI ITU YANG KITA TUAI."

Saturday 15 October 2011

Sapu habuk sawang!

Sangat lama  rasanya di biarkan bliog ni sendirian, berhabuk bersawang suda. adulaa macam ahli koprat kepada 3 anak. padahal anak tekak  ngan anak kunci ja yang ada. haha. Kalu bukan kak umi yang  bagitau kat FB tadi bahawasanya blog ini tidak dapt dibuka. baru nak gelabah aku. haha. 

Actually nak kata bizi tak la sangat cuma banyak keje ja sikitkan, di tampah kelajuan spped internet yang mengalahkan siput semput berlari, niat  nak tulis tu terpendam saja,.  Padahal rindu gile pada blog ni. 

Mujur semua yang menjadi kesibukan telah terungkai sedikit demi sedikit. Alhamdulillah adik  aku yang ke tiga telah selamat terbang ke Dublin Ireland menyambung oengajian ijazah kedoktoran di RCSI Dublin. Semoga cita-citanya menjadi seorang doktor dan membantu masyrakat tercapai. huh bukan senag oo nak jadi doktor. kalu aku da lama putus urat tengkuk sebab kena hafal urat-urat  manusia. Belajar Biologi 6 semester waktu diploma pun da buat aku pening2 la. (mujur kepeningan itu tak berpanjangan ) haha. Sila jangan tanya kenapa yer. (anta semua cukup bijak untuk mentafsir. kiki.

Huh pa? nak tgk gambar? nanti yer. tunggu kain lap habuk kedua. 
Sila bersabar . bak kata Cahaya asyikin kesabaran buat cintanya bertahan & tahun. Tahniah sahabatku.Ameen. Moga anda cepat2 ke jinjang pelamin. huhu
Kepada kak umi juga yang mengingatkan aku untuk mengelap blog ini. Tq sangat2. semoga hero2 kak umi  akan membesar sebagai insan yang berguna juga. suh diaorang jadi doktor juga . yer. hehe

lapkan habuk dengan tertib agar tidak bersin. xoxo




Thursday 18 August 2011

...Kenangan yang tak mungkin dilupa 1.....


Alhamdulillah syukur ke haderat iIahi, besar sekali limpah kurnia dan rahmatNya. Dugaan silih berganti menandakan Dia tidak pernah lupa akan kita.  Ingat lah ujian itu untuk menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Allah sangat-sangat indah. Dia memberikan sesuatu pasti ada sebab dan alasannya..Kita sendiri harus menilai sebenarnya..

Diam tak diam hampir 2 tahun aku meninggalkan zaman universiti, zaman bergelar student, zaman yang sangat-sangat sweet. Di sinilah aku mula mengenal dunia. mengenal rencah-rrencah kehidupan untuk diadun  sebati, menjadi sebatian indah sebagai bekaln  melalui liku-liku seterusnya. Sebelum kematain menjemput kita. Ke destinasi terindah di sana.

Kengan itu sedikit pun tak pernah luput. Menari-mnari seolah-olah semalam baru dilalui. Indah sangatkan. hehe. Macam nak ketawa ingat saat tuh. Sarjana Muda Kepujian Teknologi Bio-Komposit..Biar pun ramai tak tahu apalah yang budak-budak tuh belajar. Dengan kayunya. habuknya. Da la selekeh bila masuk bengkel. berdebu-debu. tak cukup dengan tuh, bau pulak tak boleh blah. (biasalah campuran habuk kayu, gam, bahan yang entah apa2 lagi di bengkel tu. Mungkin mengjengkelkan bagi sesetengah orang. tapi itulah kami. http://www.facebook.com/groups/150007221727482/ (group batch kami ye)

Nak tau saat terindah? mestilah saat pergi Sarawak. Tak mimpi nak pergi sebelum ni ke tempat-tempat yang sangat2 mencabar. Bermalam di Hutan Bako yang tidak ada langsung fasiliti memang agak luar biasa. Tapi akhirnya kami Berjaya. Yeah...


PBatch kami bersama-sama lecturer tersayang di Bako. 
p/s sila rujuk kepada sahabat berkain pelikat . hehe Amin namanya...(miss ur stail la min) 



Ni la semua sekali pelajar AS 232 yang telah mengikuti Bio Composit Mass Camp di Sarawak. huhu. Sweetkan?


Ni plak pantang jumpa kamera bergambar ja..
Dari kiri Sarah, Kasma, Aku, Jiah, Su , Nik & jejaka idaman malaya Wan.


Rakan-rakan seperjuanagan dan lecturer tesayang. Miss u all damm much..


akhirnya penat lelah kami terbalas. kami berjaya menggengam segulung ijazah...





special thanks to Jiah kerana telah menjadi roommate, housemate, classmate dan coursemate..

Sangat-sangat rindu sahabat semua....
to be continue....
Nantikan




Wednesday 17 August 2011

janji pertma !!!!!!!!

aduh........... da 18 Ramadahan hari ni. Terfikir-fikir juga apala yang telah aku isi sepanjang Ramadhan nikan? Huh Ramadhan yang paling mencabar kut. Tetiba je kan, sakit bukan main lagi (jap gi aku bagtau apa ek) sekarang fokus janji pertam. ingat tak aku penah janji nak bgtau pasal tempat keje aku..

Sebenarnya bukan best sangat pun citer pasal tempat keje aku ni, dan ramai pun orang tak tau melainkan orang-orang yang seangkatan dengan aku. Sekali tengok tugas aku macam jaga cyber cafe pun ada. Tapi pada hakikatnya aku adalah Pengurus Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung lalang PJK Kg Lalang ( dengan nada buat muka macam best) tolong jangan riak dengan jawatan anda jika anda langsung tidak diberi bonus untuk raya..

Keje aku nak kata senang tak juga la.  Selain dari memantau tempat ni.yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat luat bandar tentang penggunaan internet dan komputer, aku  tetiba jadi bidan terjun mengajar kelas komputer. haha. nak tergelak pun ada. gasak ja la.. Janji aku da meletakkan sepenuh kepandaian dan kebolehan aku untuk mengajar. (aku suka part ni tambah-tambah plak kalu ajar budak-budak sekolah rendah. hehehe) Kalu ajar warga emas ke wanita ke tu yang wat aku semput. Biasalah bila da menginjak usia. mau belajar komputer plak.

Mesti korang ingat senagkan keje aku? kan. kan? Ala aku tak marah pun. masing-masing punya tanggapan la. tak kan aku nak cerita sedetila-detialnya, kang jadi karangan 44 ari tak abis lagi.Nak tau part paling mencabar sekali sepanjang aku keje? apa lagi bagi netbook 1 Malaysia la. Walaupun benda tu da lepas setahun. Yeah puasa tahun lepas yer... tapi sakitnya sehingga hari ini. Keje-keje berkaitan folder yang aku bernama lagi-lagi netbook  tak penah berakhir. sabar  ja lakan. 

Sebenarnya ada pro ang con juga bg netbook kat komuniti ni. Yang baiknya banyak Alhamdullilah rata-rata pelajar sekolah luar bandar da pandai guna komputer, guna internet.. Tapi yang buruknya bila ada sesetengah pihak amik kesempatan la mentang-mentang la  masyarakat luar banadar . Ingat masyarakat luar bandar tak tau apa-apa ka? (tetiba emosinal plak aku ni)

Nak tau lebih lanjut l;agi? sila klik di sini http://www.pjk.com.my   Anda akan tau lebih banyak lagi apa itu PJK. huhu


Tetiba letak lambang PJk macam best je kan? hehehe....Boleh dapat bonus ker promote PJK ni.. p/s  Encik SKMM sila amik perhatian. hahaha..

apamacam bestkah? tolong jawab dalam ati yer...
supaya pahala puasa anda tidak berkurang . tapi kalu bertambah sila bgtau saya... 
sekian........

Monday 1 August 2011

Ramadhan datang lagi..


Syukur ke haderat Ilahi atas nikmatnya bertemu lagi aku dengan Ramadhan kali ini. Ramadhan bulan penuh keberkatan penuh hidayah dan mukfirah. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kebaikan, kenikmatan dari Ramadhan sebelumnya. Ingatan buat diri ini semoga aku dapat mengutip sebanyak mana nikmat dan barakah mu Ramadhan.
Sebut ja pasal Ramadhan , mesti teringat2 ingat bazar ramadhan yang menjual pelbagai juadahkah? Ni la masalah cikit ni. Kuar je pintu opis aku terpancullah bazar Ramadhan. Yang nak dijadikan cerita tuh, bila ada bazar paham2 la yer. sampah sarap mesti banyak. bau nya pulak menyebabkan aku da tak boleh rolling pakai tudung arini. hehe(nampak sangat tudung tu jakan yang aku pakai). Lagi satu hal yang membuatkan aku tak suke cikit bazar depan opis ni. ialah kerana aku terpaksa parking kereta jauh dan dengan rasminya  terpaksa aku terkedek-kedek berjalan mengharungi bazar dengan gaya ala2 catwalk g2. huhu.
Apa2 pun puasa ni menyebabkan aku lebih sabar hendaknya. Ameen...
Puasa, jangan tak puasa peeps..!!

Friday 15 July 2011

Kursus 10 ari..

wawawa..  Tengok je email tuh aku macam nak tersedak. Apakah? lama giler. Orang lain mungkin seronok bila nak pergi kursus sambil jalan2 for 10 days. tapi aku rasa berat ja hati. Bukan apa balik je nanti da nak puasa. Tapi sabar Alin, ni periuk nasi ko. take it easily. Yeah. Mesti ada misi penting diorang nak sampaikan. tu yang sampai 10 aritu. Mujur juga ada sahabat yang sanggup nak pegi ngan aku. thanks Azzah. huhu.
Harap-harap banyak la info berguna yang aku dapat nanti untuk komuniti kat sinikan? huhu...

agak-agak jadi macam ni tak aku nanti ek?

oh tolonglah katakan tidak........hehe

Atau excited nak jumpa kawan-kawan  seangkatan dan jadinya begini? ...
excited betul ni..

Harap-harap lepas kursus ni hat aku berbunga gembira beginilah yer. hehe

Yeah .. cipta sebuah keseronokan. huhu

Yeah Smile..........=)

Tuesday 12 July 2011

Alhamdulillah..

Bersyukur sangat-sangat semuanya berjalan lancar. yeah dengan ini rasminya aku menjadi tunang kepada En. faizal Saad.(huh interframe la plakkan)..terima kasih yang tidak terhingga kepada mak, abah, adik-adik, mak ayah sedara, sahabat yang sangat2 sporting. I love u all.


yeah rasminya cincin ini menjadi milik saya. 

abah, en tunang tersayang, aku dan mak.
terima kasih banyak-banyak mak dan abah yang sangat2 bertungkus lumus menrancang majlis dari awal hingga akhir..

Alhamdulillah perkenalan hampir lima taun di satukan dengan ikatan pertama. Semoga Allah sentiasa merahmati kami dan mebuka pintu rezeki kami untuk dapat terus bersatu dalam redhonya..
Ameen..

Thursday 23 June 2011

Aku harap bahagia itu milik aku =)

As'salam...........
Hati Tak berapa tenteram. Mskin dekat dengan masanya, makin gusar hati aku. Macam ada je yang tak kena.hemm.. Aku sangat-sangat berharap agar bahagia yang setipa orang impikan akan menjadi milik aku juga satu hari nanti... itu sudah pastikan? Tak ada siapa dapat lawan janjiNya. Setiap kesusahan,kesulitan pasti ada bahagia disebaliknya... La Tahzan..





Bercampur baur ni. ahhhhhhhhhh.. tidak suke perasaan ini. Harap kata-kata di atas sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri ini. Dah memang kurang motivasi sekarang ni..(baru nak sedar).. 
Besar harapan dan impian agar aku dapat berllari ke langit. mencapai sejuta bintang yang bergemerlapan.

YA ALLAH AKU MERINTIH, MEMOHON PADAMU,
KUATKAN SEMANGATKU DALAM MENEMPUH HARI-HARI PENUH DUGAANMU,
TABAHKAHLAH HATIKU, 
TAMBAHKANLAH KESABARANKU SEBAGAIMANA ENGKAU ANUGERAHKAN KESABARAN KEPADA PARA NABIMU,
PERLUASKANLAH PNTU REZEKIKU  DAN KELUARGAKU,
SATUKANLAH HATI KAMI DENGAN AGAMAMU,
TUNJUKKANLAH KESALAHANKU DAN KAU BANTULAH AKU UNTUK MEMPERBETULKANNYA..
AMIN ...

Harap aku dapat melalui liku-liku hidup ini dengan tabah...Hanya padaNya aku berserah.. LA TAHZAN...



Wednesday 22 June 2011

... resepi kek lapis...........

Tak sngka gambar kek yang aku publish sebagai wall photo dekat fb and dalam entry blog sebelum ni, sangat2 menjadi perhatian. Ramai juga yang nak kan resepinye... so atas permintaan ramai maka terhasil la entry kali nie.. dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang, I present you guys.... RESEPI KEK MASAM MANIS

Bahan-bahannya;

2 cawan biskut lutut (dikisar)
1 cawan gula halus
1 buku mentega bergaram (buttercup)
6 biji telur
1 tin kecil susu pekat
1 sudu kecil serbuk vanila @ esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
kepingan asam manis

Cara-caranya :


  1. Pukul mentega bersama gula kemudian masukkan kuning telur 3 biji diikuti 3 biji lagi. kemudian masukkan susu.
  2. Tepung biskut tadi gaulkan dengan vanilla dan serbuk penaik. campurkan dengan adunan mentega tadi.
  3. pukulkan putih telur berasingan. setelah kembang masukkan ke dalam adunan tadi dan bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian diwarnakan kuning dan sebahagian lagi diwarnakan hijau.
  4. Panaskan pengukus
  5. Sapukan loyang dengan mentega. Ratakan adunan setebal 5mm dan kukuskan lebih kurang lima minit.
  6. Setelah 5 minit, keluarkan loyang tadi dan sapukan lapisan pertama dengan susu sebelum disusun dengan asam manis diatasnya.  Kemudian ratakan lapisan seterusnya. ulang sehingga adunan habis. 

For those yang tak tau biskut lutut and asam manis tu cammana..ni gambarnye






haaa...so lepas nie bola la cuba kan. bila da cuba tu..murah-murahkan la hati tu post kat aku sikit. orang kate sharing is caring kan..hehe.
Oklah..that's it untuk kali nie. SELAMAT MENCUBA peeps!! love ya... :)



Monday 20 June 2011

Selamat Hari Bapa...

Sebenarnya hari-hari adalah hari bapa. Kami sayang abah hari-hari. Abah da besarkan kami,  beri kami berlima kasih sayang yamg tak berbelah bahagi.. thanks for being a superb dad.. We love u so much...

Sempena menyambut hari bapa aku dengan adik-adik aku dibantu ibu telah menyediakan sebiji kek yang sangat istimewa.. nak tau kenapa istimewa? kerana ini adalah percubaan semula setelah ditinggalkan lebih dari 5 tahun. huhu. lamakan? Ni semua gara-gara adik-adik aku yang rajin membelek buku resepi yang sangat tebal tetapi hanya dibuka setahun sekali . nak tau bila? yeah.. tepat sekali apabila Ramadhan menjelma. hehe. 

Rasanya tak payah cakap la. memang sedap walaupun sedikit renyah  nak buat... ni la hasilnya...

 kek lapis masam manis

 ni rupanya bila siap di potong.huhu

Hah teringin la tuh? (tapi da habis yer.. sila maklum) untuk menambahkan lagi kesedapan menyambut hari bapa dan memnambahkan berat badan yang sedia ada, inilah dia.. memperkenalkan..


sup siam  resepi abah..
ini dia sup siam resepi abah., versi  aku hehe. Tapi abah da alter (betul ke ejaan ni) sikit  lepas dia rasa. huhu tak berapa nak lulus lagi.. kepada siapa yang bakal jadi suami aku , sila jangan risau saya akan menambah baikkan skill  memasak saya. hehe...
Bagi aku bukanlah makanan atau hadiah sebesar menara KL yang menjadi ukuran tapi kasih sayang dan keikhlasan yang paling penting. Abah dah bagi  aku kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Harap nanti aku dapat suami yang sebaik abah dan dapat membimbing aku menjadi lebih baik..Sayang abah..