hello


Thursday 18 August 2011

...Kenangan yang tak mungkin dilupa 1.....


Alhamdulillah syukur ke haderat iIahi, besar sekali limpah kurnia dan rahmatNya. Dugaan silih berganti menandakan Dia tidak pernah lupa akan kita.  Ingat lah ujian itu untuk menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Allah sangat-sangat indah. Dia memberikan sesuatu pasti ada sebab dan alasannya..Kita sendiri harus menilai sebenarnya..

Diam tak diam hampir 2 tahun aku meninggalkan zaman universiti, zaman bergelar student, zaman yang sangat-sangat sweet. Di sinilah aku mula mengenal dunia. mengenal rencah-rrencah kehidupan untuk diadun  sebati, menjadi sebatian indah sebagai bekaln  melalui liku-liku seterusnya. Sebelum kematain menjemput kita. Ke destinasi terindah di sana.

Kengan itu sedikit pun tak pernah luput. Menari-mnari seolah-olah semalam baru dilalui. Indah sangatkan. hehe. Macam nak ketawa ingat saat tuh. Sarjana Muda Kepujian Teknologi Bio-Komposit..Biar pun ramai tak tahu apalah yang budak-budak tuh belajar. Dengan kayunya. habuknya. Da la selekeh bila masuk bengkel. berdebu-debu. tak cukup dengan tuh, bau pulak tak boleh blah. (biasalah campuran habuk kayu, gam, bahan yang entah apa2 lagi di bengkel tu. Mungkin mengjengkelkan bagi sesetengah orang. tapi itulah kami. http://www.facebook.com/groups/150007221727482/ (group batch kami ye)

Nak tau saat terindah? mestilah saat pergi Sarawak. Tak mimpi nak pergi sebelum ni ke tempat-tempat yang sangat2 mencabar. Bermalam di Hutan Bako yang tidak ada langsung fasiliti memang agak luar biasa. Tapi akhirnya kami Berjaya. Yeah...


PBatch kami bersama-sama lecturer tersayang di Bako. 
p/s sila rujuk kepada sahabat berkain pelikat . hehe Amin namanya...(miss ur stail la min) 



Ni la semua sekali pelajar AS 232 yang telah mengikuti Bio Composit Mass Camp di Sarawak. huhu. Sweetkan?


Ni plak pantang jumpa kamera bergambar ja..
Dari kiri Sarah, Kasma, Aku, Jiah, Su , Nik & jejaka idaman malaya Wan.


Rakan-rakan seperjuanagan dan lecturer tesayang. Miss u all damm much..


akhirnya penat lelah kami terbalas. kami berjaya menggengam segulung ijazah...





special thanks to Jiah kerana telah menjadi roommate, housemate, classmate dan coursemate..

Sangat-sangat rindu sahabat semua....
to be continue....
Nantikan




Wednesday 17 August 2011

janji pertma !!!!!!!!

aduh........... da 18 Ramadahan hari ni. Terfikir-fikir juga apala yang telah aku isi sepanjang Ramadhan nikan? Huh Ramadhan yang paling mencabar kut. Tetiba je kan, sakit bukan main lagi (jap gi aku bagtau apa ek) sekarang fokus janji pertam. ingat tak aku penah janji nak bgtau pasal tempat keje aku..

Sebenarnya bukan best sangat pun citer pasal tempat keje aku ni, dan ramai pun orang tak tau melainkan orang-orang yang seangkatan dengan aku. Sekali tengok tugas aku macam jaga cyber cafe pun ada. Tapi pada hakikatnya aku adalah Pengurus Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung lalang PJK Kg Lalang ( dengan nada buat muka macam best) tolong jangan riak dengan jawatan anda jika anda langsung tidak diberi bonus untuk raya..

Keje aku nak kata senang tak juga la.  Selain dari memantau tempat ni.yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat luat bandar tentang penggunaan internet dan komputer, aku  tetiba jadi bidan terjun mengajar kelas komputer. haha. nak tergelak pun ada. gasak ja la.. Janji aku da meletakkan sepenuh kepandaian dan kebolehan aku untuk mengajar. (aku suka part ni tambah-tambah plak kalu ajar budak-budak sekolah rendah. hehehe) Kalu ajar warga emas ke wanita ke tu yang wat aku semput. Biasalah bila da menginjak usia. mau belajar komputer plak.

Mesti korang ingat senagkan keje aku? kan. kan? Ala aku tak marah pun. masing-masing punya tanggapan la. tak kan aku nak cerita sedetila-detialnya, kang jadi karangan 44 ari tak abis lagi.Nak tau part paling mencabar sekali sepanjang aku keje? apa lagi bagi netbook 1 Malaysia la. Walaupun benda tu da lepas setahun. Yeah puasa tahun lepas yer... tapi sakitnya sehingga hari ini. Keje-keje berkaitan folder yang aku bernama lagi-lagi netbook  tak penah berakhir. sabar  ja lakan. 

Sebenarnya ada pro ang con juga bg netbook kat komuniti ni. Yang baiknya banyak Alhamdullilah rata-rata pelajar sekolah luar bandar da pandai guna komputer, guna internet.. Tapi yang buruknya bila ada sesetengah pihak amik kesempatan la mentang-mentang la  masyarakat luar banadar . Ingat masyarakat luar bandar tak tau apa-apa ka? (tetiba emosinal plak aku ni)

Nak tau lebih lanjut l;agi? sila klik di sini http://www.pjk.com.my   Anda akan tau lebih banyak lagi apa itu PJK. huhu


Tetiba letak lambang PJk macam best je kan? hehehe....Boleh dapat bonus ker promote PJK ni.. p/s  Encik SKMM sila amik perhatian. hahaha..

apamacam bestkah? tolong jawab dalam ati yer...
supaya pahala puasa anda tidak berkurang . tapi kalu bertambah sila bgtau saya... 
sekian........

Monday 1 August 2011

Ramadhan datang lagi..


Syukur ke haderat Ilahi atas nikmatnya bertemu lagi aku dengan Ramadhan kali ini. Ramadhan bulan penuh keberkatan penuh hidayah dan mukfirah. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kebaikan, kenikmatan dari Ramadhan sebelumnya. Ingatan buat diri ini semoga aku dapat mengutip sebanyak mana nikmat dan barakah mu Ramadhan.
Sebut ja pasal Ramadhan , mesti teringat2 ingat bazar ramadhan yang menjual pelbagai juadahkah? Ni la masalah cikit ni. Kuar je pintu opis aku terpancullah bazar Ramadhan. Yang nak dijadikan cerita tuh, bila ada bazar paham2 la yer. sampah sarap mesti banyak. bau nya pulak menyebabkan aku da tak boleh rolling pakai tudung arini. hehe(nampak sangat tudung tu jakan yang aku pakai). Lagi satu hal yang membuatkan aku tak suke cikit bazar depan opis ni. ialah kerana aku terpaksa parking kereta jauh dan dengan rasminya  terpaksa aku terkedek-kedek berjalan mengharungi bazar dengan gaya ala2 catwalk g2. huhu.
Apa2 pun puasa ni menyebabkan aku lebih sabar hendaknya. Ameen...
Puasa, jangan tak puasa peeps..!!