hello


Monday 20 June 2011

Selamat Hari Bapa...

Sebenarnya hari-hari adalah hari bapa. Kami sayang abah hari-hari. Abah da besarkan kami,  beri kami berlima kasih sayang yamg tak berbelah bahagi.. thanks for being a superb dad.. We love u so much...

Sempena menyambut hari bapa aku dengan adik-adik aku dibantu ibu telah menyediakan sebiji kek yang sangat istimewa.. nak tau kenapa istimewa? kerana ini adalah percubaan semula setelah ditinggalkan lebih dari 5 tahun. huhu. lamakan? Ni semua gara-gara adik-adik aku yang rajin membelek buku resepi yang sangat tebal tetapi hanya dibuka setahun sekali . nak tau bila? yeah.. tepat sekali apabila Ramadhan menjelma. hehe. 

Rasanya tak payah cakap la. memang sedap walaupun sedikit renyah  nak buat... ni la hasilnya...

 kek lapis masam manis

 ni rupanya bila siap di potong.huhu

Hah teringin la tuh? (tapi da habis yer.. sila maklum) untuk menambahkan lagi kesedapan menyambut hari bapa dan memnambahkan berat badan yang sedia ada, inilah dia.. memperkenalkan..


sup siam  resepi abah..
ini dia sup siam resepi abah., versi  aku hehe. Tapi abah da alter (betul ke ejaan ni) sikit  lepas dia rasa. huhu tak berapa nak lulus lagi.. kepada siapa yang bakal jadi suami aku , sila jangan risau saya akan menambah baikkan skill  memasak saya. hehe...
Bagi aku bukanlah makanan atau hadiah sebesar menara KL yang menjadi ukuran tapi kasih sayang dan keikhlasan yang paling penting. Abah dah bagi  aku kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Harap nanti aku dapat suami yang sebaik abah dan dapat membimbing aku menjadi lebih baik..Sayang abah..

No comments:

Post a Comment