hello


Friday 17 June 2011

........Budak comel itu............

Salam... hah tetiba rasa mahu menulis kisah budak comel itu.  Biar la dia besar nanti dia boleh ingat balik tahap kecomelannya masa kini hehe(mesti kembang  ibu ngan papa dia ni).. izinkan lah saya meminjam anakmu seketika selagi saya tak punya anak sendiri. huhu........



Nah comelkan?
Ini dy lah dia Nazarul Aiman nama diberi .. memang aiman tak kisah betul. Mulut yang macam bertih jagung. Asyik2 mau makan KFC . Dan  yang pastinya sering menjadi  perhatian ramai.
Tapi yang nak dijadikan cerita , aku memang mempunyai seorang adik perempuan yang kecik..(ala karakter ke3 dalam entry Girl2 tu)...Apa? nak tgk juga ker gambar dia?

Ha.. inilah dia.. adikku yang kecik itu.
Macam biasa la adik aku yang sorang in, kecik tapi makan boleh tahan juga (padahal kak dia lagi juara ) haha.. Sambil-sambil tu di menjamu juga si Aiman ni makan. Ala biasa la budak-budak kalu makanan yang ade sayur tu bukan dia suka sangat. di sinilah adik aku ini mula memainkn peranannya memujuk Aiman. Bakal doktor la katakan... Dialong diorang lebih kurang begini la .

 Mak cik : Aiman kena makan sayur baru cepat besar (dengan nada memujuk dan penuh dedikasi)
Aiman: Ala tapi mak cik pun kecik( dengan muka selamba dan tak bersalahnya)

Apa lagi hahahaha . Amik engkau acik kena sebiji.. Moralnya  acik jadi besar dulu baru leh tegur Aiman. hehe..
Kadang-kadang rasa terhibur juga melihat kelatah budak-budak kecil ni. Tambahan  plak memang da lama tak ade adik kecil .. adula.. (padahal dalam mood gatai nak ade anak sendiri ni) kalu tak paham buat2 paham je ek. huhu
Kanak-kanak  dilahirkan bagai kain putih. ibu bapalah yang mewarnakan mereka!