hello


Thursday 16 June 2011

Cubaan di waktu senggang..hehe

Nak tau apa cubaan itu . tadaaaaaaaaaaaa




Inilah dia burger mini malaysia  hasil buatan tanganku. Rasanya sangat sedap. hehe (terpuji diri plak) tapi kenyataan ini telah di sokong olah mak dan adik-adikku. 
Nak tau kenapa tetiba aku nak sangat buat kuih ni? Ini semua gara2 mak cik yang selalu jual kuih ni time aku balik keje dah tak buka gerainya. huhu. rindu sangat nak makan. so aku buat la sendiri. 
Hehe. ditambah sambal bilis buatan ibu. alamak terangkat. sedap woooooooo. hehe

Dalam sibuk-sibuk kami berebut-rebut menikmati kuih yang sedap ini (ayat ini jelas menunjukkan kepoyoan akukan) hehe, Abah yang baru balik dari menolong orang kenduri telah membawa pulang  sesuatu? Cuba tengok gambar ni. huhu




 Inilah rupanya kuih dari  Terengganu itu. huhu. Pelikakan? Mula2 adik aku yang lelaki tu cakap benda ni "kabat".ala benda yang orang guna buat pasang pelita tuh. Aku pun tak tau nama lain untuk kabat ni. dan samapai ke hari ini aku juga tak tau apakah nama kuih pelik ini.hehe. Hah? Apa? Nak tau pasal rasanya? Oh tidak, oleh kerana terlalu pelik dan baunya seperti ramuan orang dalam pantang, aku tak berani nak jamah. last-last kuih ini hanya menjadi bahan tontonan.
Sayang juga sebanarnya tapi apa nak buat, memang seisi keluarga tak boleh nak terima. huhu

ada sapa2 orang terangganu nak jelaskan apakah nama kuih berstuktur seperti dodol dan berbedak ini? hehe...