hello


Wednesday 15 June 2011

Rindu pada sebuah nasihat...

Rasa lama sekali aku biarkan blog  ini sepi tanpa bercoret. Nak kata bizi tu tak juga. Memang keje mengadap komputer je, tapi itulah, kepala ni asyik memikirkan macam-macam perkara.Tak pernah habis selagi hidup sebagai khalifah(mood sedih jer 2,3 ari ni) huhu.
Sebenarnya aku rindu pada secebis nasihat, seungkap nasihat.. yang bisa buat aku berfikir, buat aku sedar jalan hidup yang makin sukar. Betapa kerdil diri ini tanpa bisikan nasihat mu sahabat. Kerjaya masing-masing dalam meneruskan perjuangan mencari sesuap nasi di muka bumi Allah ini menjadikan aku semakin jauh dari sahabatku..dari teman sekeuliah, teman seangkatan. Teman yang bisa menangis dan berkongsi rasa...
Secebis ingatan buat sahabat dalam pengenalan yang singkat, ia bisa memberi semangat.
satu hari ketika sedang leka aku membaca buku yang beegitu menyentuh kalbu ,juga sahabat yang beria2 meminta aku membacanya.."NOTA HATI SEORANG LELAKI"..(entah untuk keberapa kalinya) hp berbunyi menandakan mesej di terima:

" Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwuduklah,
Tika tangan  letih menggapai cita-cita maka serulah ALLAHUAKBAR,
Tika bahu tiada kuasa memikul amanah naka bersujudlah ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH S.W.T ,
Agar tunduk di saat yang lain angkuh,
Agar teguh di saat yang lain runtuh,
Agar tegar di saat yang yang lain masih terhampar"

Begitu berkesan sekali kata-kata itu. Hampir menitiskan air mata. Tapi hari ini betul-betul aku perlukan kata-kata semangat itu.. Agar aku dapat berdiri seteguh mungkin............

Aku rindukan semangatmu wahai sahabat....
amat rindu..


1 comment:

Anonymous said...

bebati rindumu dengan buku-buku...nescaya kau tak akan rasa kehilanganku....aku seorang pencinta buku tapi dek kerana kesibukan kerjaya sekarang, aku sepi tanpa buku...cuma dalam belahan waktu ku, aku mencuri juga sesaat dua untuk membaca karya-karya yang sempat dicapai agar rinduku terubat....

Post a Comment