hello


Friday, 15 July 2011

Kursus 10 ari..

wawawa..  Tengok je email tuh aku macam nak tersedak. Apakah? lama giler. Orang lain mungkin seronok bila nak pergi kursus sambil jalan2 for 10 days. tapi aku rasa berat ja hati. Bukan apa balik je nanti da nak puasa. Tapi sabar Alin, ni periuk nasi ko. take it easily. Yeah. Mesti ada misi penting diorang nak sampaikan. tu yang sampai 10 aritu. Mujur juga ada sahabat yang sanggup nak pegi ngan aku. thanks Azzah. huhu.
Harap-harap banyak la info berguna yang aku dapat nanti untuk komuniti kat sinikan? huhu...

agak-agak jadi macam ni tak aku nanti ek?

oh tolonglah katakan tidak........hehe

Atau excited nak jumpa kawan-kawan  seangkatan dan jadinya begini? ...
excited betul ni..

Harap-harap lepas kursus ni hat aku berbunga gembira beginilah yer. hehe

Yeah .. cipta sebuah keseronokan. huhu

Yeah Smile..........=)

Tuesday, 12 July 2011

Alhamdulillah..

Bersyukur sangat-sangat semuanya berjalan lancar. yeah dengan ini rasminya aku menjadi tunang kepada En. faizal Saad.(huh interframe la plakkan)..terima kasih yang tidak terhingga kepada mak, abah, adik-adik, mak ayah sedara, sahabat yang sangat2 sporting. I love u all.


yeah rasminya cincin ini menjadi milik saya. 

abah, en tunang tersayang, aku dan mak.
terima kasih banyak-banyak mak dan abah yang sangat2 bertungkus lumus menrancang majlis dari awal hingga akhir..

Alhamdulillah perkenalan hampir lima taun di satukan dengan ikatan pertama. Semoga Allah sentiasa merahmati kami dan mebuka pintu rezeki kami untuk dapat terus bersatu dalam redhonya..
Ameen..

Thursday, 23 June 2011

Aku harap bahagia itu milik aku =)

As'salam...........
Hati Tak berapa tenteram. Mskin dekat dengan masanya, makin gusar hati aku. Macam ada je yang tak kena.hemm.. Aku sangat-sangat berharap agar bahagia yang setipa orang impikan akan menjadi milik aku juga satu hari nanti... itu sudah pastikan? Tak ada siapa dapat lawan janjiNya. Setiap kesusahan,kesulitan pasti ada bahagia disebaliknya... La Tahzan..





Bercampur baur ni. ahhhhhhhhhh.. tidak suke perasaan ini. Harap kata-kata di atas sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri ini. Dah memang kurang motivasi sekarang ni..(baru nak sedar).. 
Besar harapan dan impian agar aku dapat berllari ke langit. mencapai sejuta bintang yang bergemerlapan.

YA ALLAH AKU MERINTIH, MEMOHON PADAMU,
KUATKAN SEMANGATKU DALAM MENEMPUH HARI-HARI PENUH DUGAANMU,
TABAHKAHLAH HATIKU, 
TAMBAHKANLAH KESABARANKU SEBAGAIMANA ENGKAU ANUGERAHKAN KESABARAN KEPADA PARA NABIMU,
PERLUASKANLAH PNTU REZEKIKU  DAN KELUARGAKU,
SATUKANLAH HATI KAMI DENGAN AGAMAMU,
TUNJUKKANLAH KESALAHANKU DAN KAU BANTULAH AKU UNTUK MEMPERBETULKANNYA..
AMIN ...

Harap aku dapat melalui liku-liku hidup ini dengan tabah...Hanya padaNya aku berserah.. LA TAHZAN...



Wednesday, 22 June 2011

... resepi kek lapis...........

Tak sngka gambar kek yang aku publish sebagai wall photo dekat fb and dalam entry blog sebelum ni, sangat2 menjadi perhatian. Ramai juga yang nak kan resepinye... so atas permintaan ramai maka terhasil la entry kali nie.. dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang, I present you guys.... RESEPI KEK MASAM MANIS

Bahan-bahannya;

2 cawan biskut lutut (dikisar)
1 cawan gula halus
1 buku mentega bergaram (buttercup)
6 biji telur
1 tin kecil susu pekat
1 sudu kecil serbuk vanila @ esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
kepingan asam manis

Cara-caranya :


  1. Pukul mentega bersama gula kemudian masukkan kuning telur 3 biji diikuti 3 biji lagi. kemudian masukkan susu.
  2. Tepung biskut tadi gaulkan dengan vanilla dan serbuk penaik. campurkan dengan adunan mentega tadi.
  3. pukulkan putih telur berasingan. setelah kembang masukkan ke dalam adunan tadi dan bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian diwarnakan kuning dan sebahagian lagi diwarnakan hijau.
  4. Panaskan pengukus
  5. Sapukan loyang dengan mentega. Ratakan adunan setebal 5mm dan kukuskan lebih kurang lima minit.
  6. Setelah 5 minit, keluarkan loyang tadi dan sapukan lapisan pertama dengan susu sebelum disusun dengan asam manis diatasnya.  Kemudian ratakan lapisan seterusnya. ulang sehingga adunan habis. 

For those yang tak tau biskut lutut and asam manis tu cammana..ni gambarnye






haaa...so lepas nie bola la cuba kan. bila da cuba tu..murah-murahkan la hati tu post kat aku sikit. orang kate sharing is caring kan..hehe.
Oklah..that's it untuk kali nie. SELAMAT MENCUBA peeps!! love ya... :)



Monday, 20 June 2011

Selamat Hari Bapa...

Sebenarnya hari-hari adalah hari bapa. Kami sayang abah hari-hari. Abah da besarkan kami,  beri kami berlima kasih sayang yamg tak berbelah bahagi.. thanks for being a superb dad.. We love u so much...

Sempena menyambut hari bapa aku dengan adik-adik aku dibantu ibu telah menyediakan sebiji kek yang sangat istimewa.. nak tau kenapa istimewa? kerana ini adalah percubaan semula setelah ditinggalkan lebih dari 5 tahun. huhu. lamakan? Ni semua gara-gara adik-adik aku yang rajin membelek buku resepi yang sangat tebal tetapi hanya dibuka setahun sekali . nak tau bila? yeah.. tepat sekali apabila Ramadhan menjelma. hehe. 

Rasanya tak payah cakap la. memang sedap walaupun sedikit renyah  nak buat... ni la hasilnya...

 kek lapis masam manis

 ni rupanya bila siap di potong.huhu

Hah teringin la tuh? (tapi da habis yer.. sila maklum) untuk menambahkan lagi kesedapan menyambut hari bapa dan memnambahkan berat badan yang sedia ada, inilah dia.. memperkenalkan..


sup siam  resepi abah..
ini dia sup siam resepi abah., versi  aku hehe. Tapi abah da alter (betul ke ejaan ni) sikit  lepas dia rasa. huhu tak berapa nak lulus lagi.. kepada siapa yang bakal jadi suami aku , sila jangan risau saya akan menambah baikkan skill  memasak saya. hehe...
Bagi aku bukanlah makanan atau hadiah sebesar menara KL yang menjadi ukuran tapi kasih sayang dan keikhlasan yang paling penting. Abah dah bagi  aku kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Harap nanti aku dapat suami yang sebaik abah dan dapat membimbing aku menjadi lebih baik..Sayang abah..