hello


Thursday, 23 June 2011

Aku harap bahagia itu milik aku =)

As'salam...........
Hati Tak berapa tenteram. Mskin dekat dengan masanya, makin gusar hati aku. Macam ada je yang tak kena.hemm.. Aku sangat-sangat berharap agar bahagia yang setipa orang impikan akan menjadi milik aku juga satu hari nanti... itu sudah pastikan? Tak ada siapa dapat lawan janjiNya. Setiap kesusahan,kesulitan pasti ada bahagia disebaliknya... La Tahzan..





Bercampur baur ni. ahhhhhhhhhh.. tidak suke perasaan ini. Harap kata-kata di atas sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri ini. Dah memang kurang motivasi sekarang ni..(baru nak sedar).. 
Besar harapan dan impian agar aku dapat berllari ke langit. mencapai sejuta bintang yang bergemerlapan.

YA ALLAH AKU MERINTIH, MEMOHON PADAMU,
KUATKAN SEMANGATKU DALAM MENEMPUH HARI-HARI PENUH DUGAANMU,
TABAHKAHLAH HATIKU, 
TAMBAHKANLAH KESABARANKU SEBAGAIMANA ENGKAU ANUGERAHKAN KESABARAN KEPADA PARA NABIMU,
PERLUASKANLAH PNTU REZEKIKU  DAN KELUARGAKU,
SATUKANLAH HATI KAMI DENGAN AGAMAMU,
TUNJUKKANLAH KESALAHANKU DAN KAU BANTULAH AKU UNTUK MEMPERBETULKANNYA..
AMIN ...

Harap aku dapat melalui liku-liku hidup ini dengan tabah...Hanya padaNya aku berserah.. LA TAHZAN...



Wednesday, 22 June 2011

... resepi kek lapis...........

Tak sngka gambar kek yang aku publish sebagai wall photo dekat fb and dalam entry blog sebelum ni, sangat2 menjadi perhatian. Ramai juga yang nak kan resepinye... so atas permintaan ramai maka terhasil la entry kali nie.. dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang, I present you guys.... RESEPI KEK MASAM MANIS

Bahan-bahannya;

2 cawan biskut lutut (dikisar)
1 cawan gula halus
1 buku mentega bergaram (buttercup)
6 biji telur
1 tin kecil susu pekat
1 sudu kecil serbuk vanila @ esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
kepingan asam manis

Cara-caranya :


  1. Pukul mentega bersama gula kemudian masukkan kuning telur 3 biji diikuti 3 biji lagi. kemudian masukkan susu.
  2. Tepung biskut tadi gaulkan dengan vanilla dan serbuk penaik. campurkan dengan adunan mentega tadi.
  3. pukulkan putih telur berasingan. setelah kembang masukkan ke dalam adunan tadi dan bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian diwarnakan kuning dan sebahagian lagi diwarnakan hijau.
  4. Panaskan pengukus
  5. Sapukan loyang dengan mentega. Ratakan adunan setebal 5mm dan kukuskan lebih kurang lima minit.
  6. Setelah 5 minit, keluarkan loyang tadi dan sapukan lapisan pertama dengan susu sebelum disusun dengan asam manis diatasnya.  Kemudian ratakan lapisan seterusnya. ulang sehingga adunan habis. 

For those yang tak tau biskut lutut and asam manis tu cammana..ni gambarnye






haaa...so lepas nie bola la cuba kan. bila da cuba tu..murah-murahkan la hati tu post kat aku sikit. orang kate sharing is caring kan..hehe.
Oklah..that's it untuk kali nie. SELAMAT MENCUBA peeps!! love ya... :)



Monday, 20 June 2011

Selamat Hari Bapa...

Sebenarnya hari-hari adalah hari bapa. Kami sayang abah hari-hari. Abah da besarkan kami,  beri kami berlima kasih sayang yamg tak berbelah bahagi.. thanks for being a superb dad.. We love u so much...

Sempena menyambut hari bapa aku dengan adik-adik aku dibantu ibu telah menyediakan sebiji kek yang sangat istimewa.. nak tau kenapa istimewa? kerana ini adalah percubaan semula setelah ditinggalkan lebih dari 5 tahun. huhu. lamakan? Ni semua gara-gara adik-adik aku yang rajin membelek buku resepi yang sangat tebal tetapi hanya dibuka setahun sekali . nak tau bila? yeah.. tepat sekali apabila Ramadhan menjelma. hehe. 

Rasanya tak payah cakap la. memang sedap walaupun sedikit renyah  nak buat... ni la hasilnya...

 kek lapis masam manis

 ni rupanya bila siap di potong.huhu

Hah teringin la tuh? (tapi da habis yer.. sila maklum) untuk menambahkan lagi kesedapan menyambut hari bapa dan memnambahkan berat badan yang sedia ada, inilah dia.. memperkenalkan..


sup siam  resepi abah..
ini dia sup siam resepi abah., versi  aku hehe. Tapi abah da alter (betul ke ejaan ni) sikit  lepas dia rasa. huhu tak berapa nak lulus lagi.. kepada siapa yang bakal jadi suami aku , sila jangan risau saya akan menambah baikkan skill  memasak saya. hehe...
Bagi aku bukanlah makanan atau hadiah sebesar menara KL yang menjadi ukuran tapi kasih sayang dan keikhlasan yang paling penting. Abah dah bagi  aku kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Harap nanti aku dapat suami yang sebaik abah dan dapat membimbing aku menjadi lebih baik..Sayang abah..

Friday, 17 June 2011

sudah ada jawapannya.......... hehe

tentu anda da semua nak tau jawapan apakah? Sungguh excited  untuk menulis entry ini. wish aku semalam telah ade orang yang jawab. hehe. Original dari Terengganu lagi. Memperkenalkan sahabat ku merangkapkan ex-classmate, ex-housemate dan ex- roomate selama 21/2 tahun kami di UiTM Shah Alam (tetiba rasa rindu saat itu) huhu sangat rindu.. HuHu

Sekarang da ade jawapannyakan,. hehe.. Nama kuih itu adalah  "LADDU".. So sapa2 yang teringin lepas ni sila la ke Pasar Payang untuk  mencarinya. Seperti kata Jiah.. kuih ni sedap.. Rugi plak tak rasa aritu..
Tetiba rasa macam nak tulis entry pasal zaman belajar dulu la. Ok tunggu next time. Moh kumpul gambar dulu2.Misi bermula ....... hehe
Serius rindu zaman belajar dulu..huhu...

........Budak comel itu............

Salam... hah tetiba rasa mahu menulis kisah budak comel itu.  Biar la dia besar nanti dia boleh ingat balik tahap kecomelannya masa kini hehe(mesti kembang  ibu ngan papa dia ni).. izinkan lah saya meminjam anakmu seketika selagi saya tak punya anak sendiri. huhu........



Nah comelkan?
Ini dy lah dia Nazarul Aiman nama diberi .. memang aiman tak kisah betul. Mulut yang macam bertih jagung. Asyik2 mau makan KFC . Dan  yang pastinya sering menjadi  perhatian ramai.
Tapi yang nak dijadikan cerita , aku memang mempunyai seorang adik perempuan yang kecik..(ala karakter ke3 dalam entry Girl2 tu)...Apa? nak tgk juga ker gambar dia?

Ha.. inilah dia.. adikku yang kecik itu.
Macam biasa la adik aku yang sorang in, kecik tapi makan boleh tahan juga (padahal kak dia lagi juara ) haha.. Sambil-sambil tu di menjamu juga si Aiman ni makan. Ala biasa la budak-budak kalu makanan yang ade sayur tu bukan dia suka sangat. di sinilah adik aku ini mula memainkn peranannya memujuk Aiman. Bakal doktor la katakan... Dialong diorang lebih kurang begini la .

 Mak cik : Aiman kena makan sayur baru cepat besar (dengan nada memujuk dan penuh dedikasi)
Aiman: Ala tapi mak cik pun kecik( dengan muka selamba dan tak bersalahnya)

Apa lagi hahahaha . Amik engkau acik kena sebiji.. Moralnya  acik jadi besar dulu baru leh tegur Aiman. hehe..
Kadang-kadang rasa terhibur juga melihat kelatah budak-budak kecil ni. Tambahan  plak memang da lama tak ade adik kecil .. adula.. (padahal dalam mood gatai nak ade anak sendiri ni) kalu tak paham buat2 paham je ek. huhu
Kanak-kanak  dilahirkan bagai kain putih. ibu bapalah yang mewarnakan mereka!