hello


Monday, 20 June 2011

Selamat Hari Bapa...

Sebenarnya hari-hari adalah hari bapa. Kami sayang abah hari-hari. Abah da besarkan kami,  beri kami berlima kasih sayang yamg tak berbelah bahagi.. thanks for being a superb dad.. We love u so much...

Sempena menyambut hari bapa aku dengan adik-adik aku dibantu ibu telah menyediakan sebiji kek yang sangat istimewa.. nak tau kenapa istimewa? kerana ini adalah percubaan semula setelah ditinggalkan lebih dari 5 tahun. huhu. lamakan? Ni semua gara-gara adik-adik aku yang rajin membelek buku resepi yang sangat tebal tetapi hanya dibuka setahun sekali . nak tau bila? yeah.. tepat sekali apabila Ramadhan menjelma. hehe. 

Rasanya tak payah cakap la. memang sedap walaupun sedikit renyah  nak buat... ni la hasilnya...

 kek lapis masam manis

 ni rupanya bila siap di potong.huhu

Hah teringin la tuh? (tapi da habis yer.. sila maklum) untuk menambahkan lagi kesedapan menyambut hari bapa dan memnambahkan berat badan yang sedia ada, inilah dia.. memperkenalkan..


sup siam  resepi abah..
ini dia sup siam resepi abah., versi  aku hehe. Tapi abah da alter (betul ke ejaan ni) sikit  lepas dia rasa. huhu tak berapa nak lulus lagi.. kepada siapa yang bakal jadi suami aku , sila jangan risau saya akan menambah baikkan skill  memasak saya. hehe...
Bagi aku bukanlah makanan atau hadiah sebesar menara KL yang menjadi ukuran tapi kasih sayang dan keikhlasan yang paling penting. Abah dah bagi  aku kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Harap nanti aku dapat suami yang sebaik abah dan dapat membimbing aku menjadi lebih baik..Sayang abah..

Friday, 17 June 2011

sudah ada jawapannya.......... hehe

tentu anda da semua nak tau jawapan apakah? Sungguh excited  untuk menulis entry ini. wish aku semalam telah ade orang yang jawab. hehe. Original dari Terengganu lagi. Memperkenalkan sahabat ku merangkapkan ex-classmate, ex-housemate dan ex- roomate selama 21/2 tahun kami di UiTM Shah Alam (tetiba rasa rindu saat itu) huhu sangat rindu.. HuHu

Sekarang da ade jawapannyakan,. hehe.. Nama kuih itu adalah  "LADDU".. So sapa2 yang teringin lepas ni sila la ke Pasar Payang untuk  mencarinya. Seperti kata Jiah.. kuih ni sedap.. Rugi plak tak rasa aritu..
Tetiba rasa macam nak tulis entry pasal zaman belajar dulu la. Ok tunggu next time. Moh kumpul gambar dulu2.Misi bermula ....... hehe
Serius rindu zaman belajar dulu..huhu...

........Budak comel itu............

Salam... hah tetiba rasa mahu menulis kisah budak comel itu.  Biar la dia besar nanti dia boleh ingat balik tahap kecomelannya masa kini hehe(mesti kembang  ibu ngan papa dia ni).. izinkan lah saya meminjam anakmu seketika selagi saya tak punya anak sendiri. huhu........



Nah comelkan?
Ini dy lah dia Nazarul Aiman nama diberi .. memang aiman tak kisah betul. Mulut yang macam bertih jagung. Asyik2 mau makan KFC . Dan  yang pastinya sering menjadi  perhatian ramai.
Tapi yang nak dijadikan cerita , aku memang mempunyai seorang adik perempuan yang kecik..(ala karakter ke3 dalam entry Girl2 tu)...Apa? nak tgk juga ker gambar dia?

Ha.. inilah dia.. adikku yang kecik itu.
Macam biasa la adik aku yang sorang in, kecik tapi makan boleh tahan juga (padahal kak dia lagi juara ) haha.. Sambil-sambil tu di menjamu juga si Aiman ni makan. Ala biasa la budak-budak kalu makanan yang ade sayur tu bukan dia suka sangat. di sinilah adik aku ini mula memainkn peranannya memujuk Aiman. Bakal doktor la katakan... Dialong diorang lebih kurang begini la .

 Mak cik : Aiman kena makan sayur baru cepat besar (dengan nada memujuk dan penuh dedikasi)
Aiman: Ala tapi mak cik pun kecik( dengan muka selamba dan tak bersalahnya)

Apa lagi hahahaha . Amik engkau acik kena sebiji.. Moralnya  acik jadi besar dulu baru leh tegur Aiman. hehe..
Kadang-kadang rasa terhibur juga melihat kelatah budak-budak kecil ni. Tambahan  plak memang da lama tak ade adik kecil .. adula.. (padahal dalam mood gatai nak ade anak sendiri ni) kalu tak paham buat2 paham je ek. huhu
Kanak-kanak  dilahirkan bagai kain putih. ibu bapalah yang mewarnakan mereka!

Thursday, 16 June 2011

Cubaan di waktu senggang..hehe

Nak tau apa cubaan itu . tadaaaaaaaaaaaa




Inilah dia burger mini malaysia  hasil buatan tanganku. Rasanya sangat sedap. hehe (terpuji diri plak) tapi kenyataan ini telah di sokong olah mak dan adik-adikku. 
Nak tau kenapa tetiba aku nak sangat buat kuih ni? Ini semua gara2 mak cik yang selalu jual kuih ni time aku balik keje dah tak buka gerainya. huhu. rindu sangat nak makan. so aku buat la sendiri. 
Hehe. ditambah sambal bilis buatan ibu. alamak terangkat. sedap woooooooo. hehe

Dalam sibuk-sibuk kami berebut-rebut menikmati kuih yang sedap ini (ayat ini jelas menunjukkan kepoyoan akukan) hehe, Abah yang baru balik dari menolong orang kenduri telah membawa pulang  sesuatu? Cuba tengok gambar ni. huhu




 Inilah rupanya kuih dari  Terengganu itu. huhu. Pelikakan? Mula2 adik aku yang lelaki tu cakap benda ni "kabat".ala benda yang orang guna buat pasang pelita tuh. Aku pun tak tau nama lain untuk kabat ni. dan samapai ke hari ini aku juga tak tau apakah nama kuih pelik ini.hehe. Hah? Apa? Nak tau pasal rasanya? Oh tidak, oleh kerana terlalu pelik dan baunya seperti ramuan orang dalam pantang, aku tak berani nak jamah. last-last kuih ini hanya menjadi bahan tontonan.
Sayang juga sebanarnya tapi apa nak buat, memang seisi keluarga tak boleh nak terima. huhu

ada sapa2 orang terangganu nak jelaskan apakah nama kuih berstuktur seperti dodol dan berbedak ini? hehe...


Wednesday, 15 June 2011

Rindu pada sebuah nasihat...

Rasa lama sekali aku biarkan blog  ini sepi tanpa bercoret. Nak kata bizi tu tak juga. Memang keje mengadap komputer je, tapi itulah, kepala ni asyik memikirkan macam-macam perkara.Tak pernah habis selagi hidup sebagai khalifah(mood sedih jer 2,3 ari ni) huhu.
Sebenarnya aku rindu pada secebis nasihat, seungkap nasihat.. yang bisa buat aku berfikir, buat aku sedar jalan hidup yang makin sukar. Betapa kerdil diri ini tanpa bisikan nasihat mu sahabat. Kerjaya masing-masing dalam meneruskan perjuangan mencari sesuap nasi di muka bumi Allah ini menjadikan aku semakin jauh dari sahabatku..dari teman sekeuliah, teman seangkatan. Teman yang bisa menangis dan berkongsi rasa...
Secebis ingatan buat sahabat dalam pengenalan yang singkat, ia bisa memberi semangat.
satu hari ketika sedang leka aku membaca buku yang beegitu menyentuh kalbu ,juga sahabat yang beria2 meminta aku membacanya.."NOTA HATI SEORANG LELAKI"..(entah untuk keberapa kalinya) hp berbunyi menandakan mesej di terima:

" Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwuduklah,
Tika tangan  letih menggapai cita-cita maka serulah ALLAHUAKBAR,
Tika bahu tiada kuasa memikul amanah naka bersujudlah ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH S.W.T ,
Agar tunduk di saat yang lain angkuh,
Agar teguh di saat yang lain runtuh,
Agar tegar di saat yang yang lain masih terhampar"

Begitu berkesan sekali kata-kata itu. Hampir menitiskan air mata. Tapi hari ini betul-betul aku perlukan kata-kata semangat itu.. Agar aku dapat berdiri seteguh mungkin............

Aku rindukan semangatmu wahai sahabat....
amat rindu..