hello


Wednesday 17 August 2011

janji pertma !!!!!!!!

aduh........... da 18 Ramadahan hari ni. Terfikir-fikir juga apala yang telah aku isi sepanjang Ramadhan nikan? Huh Ramadhan yang paling mencabar kut. Tetiba je kan, sakit bukan main lagi (jap gi aku bagtau apa ek) sekarang fokus janji pertam. ingat tak aku penah janji nak bgtau pasal tempat keje aku..

Sebenarnya bukan best sangat pun citer pasal tempat keje aku ni, dan ramai pun orang tak tau melainkan orang-orang yang seangkatan dengan aku. Sekali tengok tugas aku macam jaga cyber cafe pun ada. Tapi pada hakikatnya aku adalah Pengurus Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung lalang PJK Kg Lalang ( dengan nada buat muka macam best) tolong jangan riak dengan jawatan anda jika anda langsung tidak diberi bonus untuk raya..

Keje aku nak kata senang tak juga la.  Selain dari memantau tempat ni.yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat luat bandar tentang penggunaan internet dan komputer, aku  tetiba jadi bidan terjun mengajar kelas komputer. haha. nak tergelak pun ada. gasak ja la.. Janji aku da meletakkan sepenuh kepandaian dan kebolehan aku untuk mengajar. (aku suka part ni tambah-tambah plak kalu ajar budak-budak sekolah rendah. hehehe) Kalu ajar warga emas ke wanita ke tu yang wat aku semput. Biasalah bila da menginjak usia. mau belajar komputer plak.

Mesti korang ingat senagkan keje aku? kan. kan? Ala aku tak marah pun. masing-masing punya tanggapan la. tak kan aku nak cerita sedetila-detialnya, kang jadi karangan 44 ari tak abis lagi.Nak tau part paling mencabar sekali sepanjang aku keje? apa lagi bagi netbook 1 Malaysia la. Walaupun benda tu da lepas setahun. Yeah puasa tahun lepas yer... tapi sakitnya sehingga hari ini. Keje-keje berkaitan folder yang aku bernama lagi-lagi netbook  tak penah berakhir. sabar  ja lakan. 

Sebenarnya ada pro ang con juga bg netbook kat komuniti ni. Yang baiknya banyak Alhamdullilah rata-rata pelajar sekolah luar bandar da pandai guna komputer, guna internet.. Tapi yang buruknya bila ada sesetengah pihak amik kesempatan la mentang-mentang la  masyarakat luar banadar . Ingat masyarakat luar bandar tak tau apa-apa ka? (tetiba emosinal plak aku ni)

Nak tau lebih lanjut l;agi? sila klik di sini http://www.pjk.com.my   Anda akan tau lebih banyak lagi apa itu PJK. huhu


Tetiba letak lambang PJk macam best je kan? hehehe....Boleh dapat bonus ker promote PJK ni.. p/s  Encik SKMM sila amik perhatian. hahaha..

apamacam bestkah? tolong jawab dalam ati yer...
supaya pahala puasa anda tidak berkurang . tapi kalu bertambah sila bgtau saya... 
sekian........

1 comment:

qurratu said...

xde bz ke cik pengurus?? sempat update blog.. hahahahaha

Post a Comment