hello


Friday, 17 June 2011

sudah ada jawapannya.......... hehe

tentu anda da semua nak tau jawapan apakah? Sungguh excited  untuk menulis entry ini. wish aku semalam telah ade orang yang jawab. hehe. Original dari Terengganu lagi. Memperkenalkan sahabat ku merangkapkan ex-classmate, ex-housemate dan ex- roomate selama 21/2 tahun kami di UiTM Shah Alam (tetiba rasa rindu saat itu) huhu sangat rindu.. HuHu

Sekarang da ade jawapannyakan,. hehe.. Nama kuih itu adalah  "LADDU".. So sapa2 yang teringin lepas ni sila la ke Pasar Payang untuk  mencarinya. Seperti kata Jiah.. kuih ni sedap.. Rugi plak tak rasa aritu..
Tetiba rasa macam nak tulis entry pasal zaman belajar dulu la. Ok tunggu next time. Moh kumpul gambar dulu2.Misi bermula ....... hehe
Serius rindu zaman belajar dulu..huhu...

........Budak comel itu............

Salam... hah tetiba rasa mahu menulis kisah budak comel itu.  Biar la dia besar nanti dia boleh ingat balik tahap kecomelannya masa kini hehe(mesti kembang  ibu ngan papa dia ni).. izinkan lah saya meminjam anakmu seketika selagi saya tak punya anak sendiri. huhu........



Nah comelkan?
Ini dy lah dia Nazarul Aiman nama diberi .. memang aiman tak kisah betul. Mulut yang macam bertih jagung. Asyik2 mau makan KFC . Dan  yang pastinya sering menjadi  perhatian ramai.
Tapi yang nak dijadikan cerita , aku memang mempunyai seorang adik perempuan yang kecik..(ala karakter ke3 dalam entry Girl2 tu)...Apa? nak tgk juga ker gambar dia?

Ha.. inilah dia.. adikku yang kecik itu.
Macam biasa la adik aku yang sorang in, kecik tapi makan boleh tahan juga (padahal kak dia lagi juara ) haha.. Sambil-sambil tu di menjamu juga si Aiman ni makan. Ala biasa la budak-budak kalu makanan yang ade sayur tu bukan dia suka sangat. di sinilah adik aku ini mula memainkn peranannya memujuk Aiman. Bakal doktor la katakan... Dialong diorang lebih kurang begini la .

 Mak cik : Aiman kena makan sayur baru cepat besar (dengan nada memujuk dan penuh dedikasi)
Aiman: Ala tapi mak cik pun kecik( dengan muka selamba dan tak bersalahnya)

Apa lagi hahahaha . Amik engkau acik kena sebiji.. Moralnya  acik jadi besar dulu baru leh tegur Aiman. hehe..
Kadang-kadang rasa terhibur juga melihat kelatah budak-budak kecil ni. Tambahan  plak memang da lama tak ade adik kecil .. adula.. (padahal dalam mood gatai nak ade anak sendiri ni) kalu tak paham buat2 paham je ek. huhu
Kanak-kanak  dilahirkan bagai kain putih. ibu bapalah yang mewarnakan mereka!

Thursday, 16 June 2011

Cubaan di waktu senggang..hehe

Nak tau apa cubaan itu . tadaaaaaaaaaaaa




Inilah dia burger mini malaysia  hasil buatan tanganku. Rasanya sangat sedap. hehe (terpuji diri plak) tapi kenyataan ini telah di sokong olah mak dan adik-adikku. 
Nak tau kenapa tetiba aku nak sangat buat kuih ni? Ini semua gara2 mak cik yang selalu jual kuih ni time aku balik keje dah tak buka gerainya. huhu. rindu sangat nak makan. so aku buat la sendiri. 
Hehe. ditambah sambal bilis buatan ibu. alamak terangkat. sedap woooooooo. hehe

Dalam sibuk-sibuk kami berebut-rebut menikmati kuih yang sedap ini (ayat ini jelas menunjukkan kepoyoan akukan) hehe, Abah yang baru balik dari menolong orang kenduri telah membawa pulang  sesuatu? Cuba tengok gambar ni. huhu




 Inilah rupanya kuih dari  Terengganu itu. huhu. Pelikakan? Mula2 adik aku yang lelaki tu cakap benda ni "kabat".ala benda yang orang guna buat pasang pelita tuh. Aku pun tak tau nama lain untuk kabat ni. dan samapai ke hari ini aku juga tak tau apakah nama kuih pelik ini.hehe. Hah? Apa? Nak tau pasal rasanya? Oh tidak, oleh kerana terlalu pelik dan baunya seperti ramuan orang dalam pantang, aku tak berani nak jamah. last-last kuih ini hanya menjadi bahan tontonan.
Sayang juga sebanarnya tapi apa nak buat, memang seisi keluarga tak boleh nak terima. huhu

ada sapa2 orang terangganu nak jelaskan apakah nama kuih berstuktur seperti dodol dan berbedak ini? hehe...


Wednesday, 15 June 2011

Rindu pada sebuah nasihat...

Rasa lama sekali aku biarkan blog  ini sepi tanpa bercoret. Nak kata bizi tu tak juga. Memang keje mengadap komputer je, tapi itulah, kepala ni asyik memikirkan macam-macam perkara.Tak pernah habis selagi hidup sebagai khalifah(mood sedih jer 2,3 ari ni) huhu.
Sebenarnya aku rindu pada secebis nasihat, seungkap nasihat.. yang bisa buat aku berfikir, buat aku sedar jalan hidup yang makin sukar. Betapa kerdil diri ini tanpa bisikan nasihat mu sahabat. Kerjaya masing-masing dalam meneruskan perjuangan mencari sesuap nasi di muka bumi Allah ini menjadikan aku semakin jauh dari sahabatku..dari teman sekeuliah, teman seangkatan. Teman yang bisa menangis dan berkongsi rasa...
Secebis ingatan buat sahabat dalam pengenalan yang singkat, ia bisa memberi semangat.
satu hari ketika sedang leka aku membaca buku yang beegitu menyentuh kalbu ,juga sahabat yang beria2 meminta aku membacanya.."NOTA HATI SEORANG LELAKI"..(entah untuk keberapa kalinya) hp berbunyi menandakan mesej di terima:

" Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwuduklah,
Tika tangan  letih menggapai cita-cita maka serulah ALLAHUAKBAR,
Tika bahu tiada kuasa memikul amanah naka bersujudlah ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH S.W.T ,
Agar tunduk di saat yang lain angkuh,
Agar teguh di saat yang lain runtuh,
Agar tegar di saat yang yang lain masih terhampar"

Begitu berkesan sekali kata-kata itu. Hampir menitiskan air mata. Tapi hari ini betul-betul aku perlukan kata-kata semangat itu.. Agar aku dapat berdiri seteguh mungkin............

Aku rindukan semangatmu wahai sahabat....
amat rindu..


Saturday, 28 May 2011

.......girl-girl.........



GIRL 
 
GIRL 2        
GIRL 3
                                                     

Sila bandingkan ketiga -tiga gambar di atas

Mesti korang semua rasa pelikkan kan nape la tetiba aku letak entry ni? (aku pun konfius juga sebenarnya) hehe... Sebenarnya sekejap lagi girl yang ke tiga akan pulang ke rumah. wawawa.......... maknanya akan bertambah lagi penghuni bilik itu.... huhu. harap2 mereka paham peraturan kakak mereka in(sila pahm wahai adikku) 
Ok macam nilah aku ade 2 adik pompuan , 2 adik lagi. so aku anak sulung la. apa lagi. huhu. Sekarang aku cite pasal adik pompuan aku dulu ek? Nanti aku cite plak kisah hero 2 orang tuh..
Gambar2 di atas mewakili watak-watak yang aku rasa sangat sesuai,(padahal gambar 1 tu menipu sama sekali) biarlakan perasan kadang-kadang.

GIRL 2

adik number 2 aku, yang sangat gans, sangat suke keje lasak, sangat-sangat suke nak menag dalam semua perkara(aishmacam buruk je semuakan.. hehe.. tapi sangat kreatif dan paling layak untuk menjadi Ketua Batolian 3 Rejimen Askar Melayu. haha...Suara mengalahkan pelaka besi. hehe.. 

GIRL 3
 adik ke tiga aku , kecik , comel. Dia hidup memang untuk dia ja.haha. Biar apa pun halangan tiba study matlamat utama. korang tanya kenapa? tengok gambar pun da tau. nak jadi doktor katanya..ameen.. sikit hari lagi insyaAllah ada la seorang doktor dalam keluarga besar kami.

Tapi yang paling penting kami bertiga mau jadi super girl dalam khadri's family..... sayang  adik2 semua




yEAH SUPER GIRL (pinjam gambo ye power puff) hehe


Adikku-adikku insyaAllh Boleh!..ok Aarios.. Salam..